Tuesday, January 13, 2009

SAMBUTAN 100 TAHUN SK BANDAR MERSING PADA AWAL 2010











SAMBUTAN 100 TAHUN SK BANDAR MERSING PADA AWAL 2010



Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing akan menyambut ulang tahun ke 100 penubuhannya pada awal 2010. Sekolah yang dibina pada tahun 1910, mencipta sejarah dalam daerah Mersing dan merupakan sekolah yang pertama di daerah ini berusia satu ratus tahun.

Sekolah dengan kerjasama pelbagai pihak bercadang meraikan ulangtahun bersejarah ini dalam suasana paling meriah supaya ianya memberi ruang setiap individu yang menuntut ilmu di sini mengimbas semula nostalgia mereka di samping membantu memberi sumbangan bagi menghargai jasa sekolah yang membesar dan memandaikan mereka sehingga menjadi individu yang paling berguna.

SEKOLAH KEBANGGAAN RAKYAT MERSING

Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing yang telah melahirkan ramai tokoh terbilang ditubuh bina pada tahun 1910 dan dikenali sebagai Sekolah Melayu Bandar Mersing. Pada tahun 1942 sekolah ini ditutup kerana Perang Dunia Kedua dan tentera Jepun telah menguasai Tanah Melayu. Pada tahun 1946, sekolah ini dibuka semula dan menumpang di bangunan lama Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan.
Pada tahun 1947 , berpindah ke bangunan Johore Military Force ( JMF ) di Jalan Ismail. Dan pada tahun 1949 , Berpindah ke bangunan baru di Jalan Dato’ Luar iaitu bangunan lama Pejabat Pendidikan Daerah Mersing. Tahun 1956 , sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Umum Laki-Laki Bandar Mersing. Tahun 1965 , bertukar nama ke Sekolah Kebangsaan Bandar. Tahun 1973 ,Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan digabungkan dengan Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing. Dan akhirnya pada tahun 1990 ,Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan dipisahkan daripada Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing sehinggalah ke hari ini

Guru Besar
Guru besar yang terlibat dalam mengurus dan mentadbir sekolah antaranya:

Abdullah bin Latis 1910-1922
Abidin bin Ragam 1922-1929
Tn Hj Abdullah bin Hj Othman 1929-1941
Tn Hj Ghazali bin Abd Rahman 1946-1950
Ali Affabdi bin Ahmad 1950-1954
Tn Hj Abd Jalal bin Kassim 1954-1955
Chik bin Embong 1955-1964
Tn Hj Abd Jalal bin Kassim 1964-1983
Anuar bin Fathlal 1983-1984
Abd Razak bin Hussien 1984-1985
Tn Hj Abd Samad bin Dahlan 1985-1986
Muhammad bin Yahya 1986-1992
Hamzah bin Abu Bakar 1992-2003
Rafie bin Md Dali 2003 sehingga kini.


BEKAS PELAJAR SK BANDAR MERSING 1910 – 2003 DIJEMPUT MENYERTAI ALUMNI SKBM SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN

Banyak aktiviti dirancang oleh pihak sekolah termasuklah aktiviti prasambutan dan aktiviti semasa sambutan dan perasmian. Aktiviti ini dijana bagi mengumpul dana supaya sambutannya kelak akan meriah dan lebih bermakna.

Pelbagai usaha dan inisiatif akan dilakukan oleh jawatankuasa dan mengharapkan pelbagai pihak terlibat sama menyumbang baik dari segi sumbangan wang ringgit, khidmat nasihat, bantuan pembangunan, tenaga, idea dan sebagainya: Pegawai Pelajaran Daerah Mersing sebagai Pengerusi JK Induk, Jabatan-jabatan kerajaan, pertubuhan NGO, Alumni Sekolah, bekas guru besar dan guru, ahli-ahli politik masyarakat dan individu-individu prihatin.Pihak sekolah dan Jawatankuasa terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih.
Sama-sama kita mengangkat tangan mohon doa supaya usaha yang murni ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lancar seterusnya mendapat keberkatan dari Allah.


Visi dan Misi Sekolah

Visi Sekolah

•Menjadikan Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing Sekolah cemerlang nombor SATU Daerah Mersing menjelang Tahun 2010


Misi Sekolah

•Mewujudkan pasukan staf yang mengamalkan budaya pengurusan pendidikan, cekap dan berkesan
•Berusaha memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah
•Menyediakan dan memberikan perkhidmatan paling berkualiti
•Menyediakan iklim pendidikan yang terbaik dan persekitaran yang kondusif

10 comments:

- said...

sekolah lama aku.teringat masa popular dulu kat sekolah ni.
hahahaa..
1991-1996

Jasmi bin A.Kadir said...

Di bangunan yang beratap nipah dan berdinding papan adalah sekolah pertama saya.Cikgu yang masih dalam ingatan saya ialah cikgu Taib.Malangnya hanya bertahan selama 2 minggu kerana berpindah ke Sri Mersing Primary School.Pernah berkhidmat sebagai guru selama hampir 2 tahun sahaja.Saya secara ikhlas kagum dengan sekolah ini dan TAHNIAH kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan 100 tahun SKBM.
Mie.........

kashrascals said...

aku sekolah kat sini tahun 1990 darjah 1 jujur dan 1991 darjah 2 jujur...sape yg se clasmate ngan aku add friendster aku or etc...id kashrascals@yahoo.com....yg aku ingat lagi se taman perumahan dengan aku zulazfar....minah yg aku usha time tu zalina....sekampung ngan jawahir air merah..aku ingat lagi kenangan ada kak senior tu selalu jumpa aku panggil nama aku kash...lost contact lepas darjah 2 pindah ke terengganu....

syahrulnizam said...

Persembahan Hebat Dengan PowerPoint, buku yang harus jadi pegangan para guru: http://teknikpowerpoint.blogspot.com/

bakhtiar said...

bakhtiar ..
teringat aku kenangan bersama di sekolah skbm from 1965-1969
mengenaliku email to bmin60@hotmail.com

sazilah said...

tahniah.sambutan 100 tahun yang gemilang....terima kasih cikgu...cikgu hamzah..cikgu bibi zuraidah cikgu maimunah..cikgu sharifah...dan ramai lagi...maaf cikgu kerana lupa nama kalian..1983-1988 dalam ingatan

awidz said...

terkenang sekolah ini dan terimakasih guru guruku sekelian..1970-1974

Unknown said...

Saya pun terkenang sekolah ni .
Masok sekolah darjah satu tahun 1956 lepas tu pindah ikut bapa ke sekolah umum Batu Anam Segamat pada1957

Unknown said...

Maaf bertanya, siapa guru besar sekarang ye?

Dr Lynn said...

1986 Darjah 1 Merah
Cikgu kelas.. Cikgu Mohd Yatim... Cikgu english Cikgu Sulaiman
Sedih bila teringat skbm ni
Cikgu Juliana my favorite Teacher